Penjelasan Serina Che Wan Berkenaan Gambar Testimoni Palsunya

Selasa, 1 Januari 2013


Penjelasan Serina Che Wan Berkenaan Gambar Testimoni Palsunya - Pengacara televisyen popular Serina Redzuwan menafikan tuduhan melariskan produk kesihatannya dengan mengunakan gambar testimoni palsu itu bukanlah beliau.

Menurut beliau, gambar tersebut telah dimuat turunkan oleh ahli yang mewakili produk tersebut melalui laman facebook miliknya, sebaliknya beliau hanya berkongsi kejayaan individu tersebut dengan para peminat.
Merujuk penjelasan beliau kepada media dibawah.
“Saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini kerana berada di London dan gambar yang dimaksudkan hanya di ambil menerusi Internet selepas ia dikongsi oleh ahli lain di laman Facebook saya,”
“Malah gambar itu bukan saya sahaja yang kongsi di Facebook tetapi ahli-ahli lain juga,” jelasnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online ketika dihubungi pada petang Isnin,”
Serina meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak cuba menjatuhkan reputasinya dengan memburukkan namanya, jelasnya lagi beliau tidak pernah berniat untuk menipu sesiapa sebaliknya hanya ingin membantu mereka yang mengalami masalah berat badan.
Menurut luahan hati beliau terhadap media.
“Saya tidak pernah kacau hidup sesiapa dan biarlah saya cari rezeki dengan cara yang halal. Walaupun saya ni seorang artis tetapi perniagaan adalah satu bidang yang saya suka,”
“Saya tidak faham mengapa ada orang yang suka memburuk-burukkan hidup orang lain,” ujarnya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TeRjAh!! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Inspired by Sportapolis Shape5.com
Proudly powered by Blogger