Sempena Hari Lahir Dato’ Siti Nurhaliza Tampil Bertudung Penuh

Jumaat, 11 Januari 2013


Sempena Hari Lahir Dato’ Siti Nurhaliza Tampil Bertudung Penuh - Berita baik buat peminat Dato’ Siti Nurhaliza yang selama ini mengimpikan untuk melihat penyanyi kesayangan ini untuk bertudung litup.

Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Siti Nurhaliza mengesahkan sendiri yang ini merupakan imej baru beliau bersempena sambutan hari lahir yang 34 pada 11 Januari 2013 yang lalu.
“Inilah imej Siti untuk usia 34 tahun dan Siti harap penampilan baru ini akan terus kekal sampai bila bila,” ujar Siti Nurhaliza yang kini sedang dalam tempoh bercuti dari sebarang aktiviti seni.
Ini sekaligus menjawab persoalan ramai peminat yang tertanya tanya adakah benar Siti Nurhaliza sudah berubah wajah apabila beberapa keping gambar terbaru beliau di’muat naik ke Instagram.
Semoga perubahan ini kekal buat Dato’ Siti Nurhaliza dan masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran ke 34 buat penyanyi nombor satu negara ini







Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TeRjAh!! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Inspired by Sportapolis Shape5.com
Proudly powered by Blogger