Mengimbas kembali kata-kata beliau semasa terserempak di Femes Bazar Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini.
“Suami tak kongkong Farah untuk berlakon, terpulanglah pada individu nak bercakap apa pun.”
“Sekarang ini Farah pun sudah berkahwin, berhijab dan mempunyai perniagaan sendiri. Buat masa sekarang Farah ingin tumpukan 100% pada perniagaan Snogurt.”
“Lagipun apabila sudah kurang berlakon, Farah ada masa untuk suami dan keluarga. Apa yang mampu dan terbaik untuk keluarga Farah akan lakukan. Kita kahwin cuma sekali, jadi biarlah semuanya berjalan lancar dan tanpa ada salah faham,” ujar Raja Farah.
Terbaru khabar berita memberitahu bahawa Raja Farah telah memperkenalkan jubah rekaannya sendiri, Adakah benar khabar tersebut mari kita baca jawapan beliau dibawah.
“Farah memang ada keluarkan rekaan jubah untuk wanita muslimah yang dikenali sebagai “Raja Farah Collection”, tetapi mungkin label jenama tersebut akan ditukar kepada nama lain agar peminat-peminat senang nak menyebutnya.”
“Bagi Farah mengadakan bazar pakaian macam ini adalah suatu perkara yang bagus sebab kita boleh dekat dengan peminat dan pengalamannya adalah sungguh berbeza berbanding menjual secara online.”
Khabar angin mengatakan Raja Farah menjual jubah rekaannya dengan harga yang mahal, adakah Raja Farah cuba untuk mengaut keuntungan yang tinggi mengunakan popularitinya?
Jom kita baca pejelasan beliau dibawah.
“Isu harga baju mahal ini bukan berlaku kepada golongan artis sahaja. Mungkin artis tersebut ada penjelasannya sendiri kenapa dia menjual barangan dalam harga yang tinggi. Bagi Farah, kalau inginkan barangan yang berkualiti, kenapa perlu mempertikaikan soal harga tersebut?”
“Pakaian yang Farah jual ini harganya tidaklah terlalu mahal, ia dalam lingkungan RM50 untuk blaus dan jubah paling mahal pun RM170 sahaja,” jelas Raja Farah berkenaan harga pakaiannya.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !