Alyah Rugi Lebih Kurang RM 40 Ribu Kerana Ditipu Pengurus

Khamis, 10 Januari 2013


Alyah Rugi Lebih Kurang RM 40 Ribu Kerana Ditipu Pengurus - Noor Hasliah Binti Abu Hasan atau lebih dikenali sebagai Alyah telah dilaporkan rugi lebih kurang RM 40 ribu dari akaun bank beliau kerana ditipu oleh pengurusnya.

Kerugian yang dialami si pelantun lagu Kisah Hati ini melibatkan wang persembahan dan wang  ansuran bagi sewa beli kereta dan rumah.
Kegiatan pengurusnya itu mula terbongkar  apabila pihak bank  memaklumkan akan menarik semula keretanya ekoran tunggakan bayaran bulanan kereta tersebut dalam tempoh  empat bulan.
“Bila mendapat berita tersebut saya amat terkejut  memandangkan  saya sudah menyerahkan wang ansuran kereta itu kepada pengurusnya untuk dilunaskan,’ ujarnya.
Menurut Alyah selepas mengetahui isu tersebut, dia segera  membuat semakan terhadap akaun bank yang dimiliknya  tetapi sudah terlambat kerana semua wang tersebut  turut dikebas oleh  pengurusnya yang sehingga kini gagal dikesan.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TeRjAh!! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Inspired by Sportapolis Shape5.com
Proudly powered by Blogger