Zul Ariffin Tidak Suka Hubungannya Bersama Gayatri Difikir Negatif

Selasa, 1 Januari 2013



Zul Ariffin Tidak Suka Hubungannya Bersama Gayatri Difikir Negatif - Zul Ariffin atau zul, menafikan bahawa hubungannya bersama Naib Presiden Astro Shaw iaitu Gayatri Su-Lin Pillai semasa dipersidangan media Debunga Lalang baru-baru ini adalah secara kebetulan bukan disebabkan unsur lain.

Hal ini disebabkan, beliau tidak mahu timbul sebarang salah faham atau khabar angin yang negatif terhadapnya, oleh itu beliau mengambil keputusan untuk berkongsi perkara tersebut.
Berikut daripadanya mengenai hubunganya bersama Gayatri Su-Lin  terjalin atas dasar suka sama suka walaupun jarak umur yang jauh berbeza serta menafikan tiada niat lain.
Merujuk penjelasan beliau kepada media adalah, “Tiada faedah pun kalau saya hendak sorok hubungan kami ini. Perkara ini sudah kami bincangkan beberapa kali sebelum saya membuka mulut mengenai hubungan kami sekarang. Saya harap hubungan kami tidak akan menjejaskan kerjaya masing-masing,” ujar Zul kepada media.
Tambahnya lagi, “Sejak dahulu lagi, saya tidak meletakkan syarat atau had umur dalam menjalinkan sesebuah hubungan dengan wanita. Begitu juga sekarang, cinta saya terhadap Gayatri ikhlas dan saya tidak mahu mengulas lebih banyak lagi dan tidak mahu mengundang persepsi negatif terhadap hubungan kami.”
Zul menceritakan bibit cinta mereka bermula sejak tujuh bulan yang lalu, selepas mereka bekerjasama dalam penggambaran filem “Penanggal” seterusnya beliau juga telah memperkenalkan Gayatri kepada keluarganya.
Apapun dia tidak meletakkan sebarang sasaran dalam masa terdekat ini bagi menumpukan perhatian terhadap kerjayanya buat masa sekarang,  Zul berharap supaya kisah hubungan cinta dengan Naib Presiden Astro Shaw, Gayatri Su-Lin tidak menjejaskan kerjayanya di masa akan datang.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TeRjAh!! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Inspired by Sportapolis Shape5.com
Proudly powered by Blogger